Monday, December 14, 2015

Didik anak untuk solat



Hari ni kami nak kongsikan beberapa tips untuk mendidik anak untuk rajin solat.

Mendidik anak untuk solat lebih baik dimulakan dari peringkat awal lagi, iaitu semasa masih bayi lagi. Kita kena biasakan jiwa anak2 dengan suasana agama dalam rumah tangga kita.

1) Biasakan anak2 kita mendengar azan. Boleh ajar anak2 dengan adab mendengar azan. Kena berhentikan siaran televisyen, perbualan dan lain2 untuk menghormati azan. Ajar mereka doa selepas azan, insyaAllah mereka ni mudah nak hafal doa2 ni jika diulang2 setiap hari.

2) Ajak mereka solat berjemaah bersama-sama kita.

3) Ajar mereka cara berwudhu yang betul. Boleh beli poster dan tampal di dinding tempat wudhu.

4) Bacaan dalam solat kita baca kuat2 supaya anak boleh dengar dan follow.

5) Ajar anak2 susunan tertib rukun, pergerakan yang betul.

6) Beri mereka pujian dan galakan. Yang ni kena bagi extra sebab anak2 memang suka diberi pujian.

7) Kena banyak bersabar jika mereka bermain2 ketika solat..ingat, mendidik anak ni long term, bukan sehari aje semua dah perfect. Yang penting, jangan marah2 sebab kita nak suasana solat yang gembira dan harmoni.

8)  Buat tazkirah/taklim yang bercerita tentang kepentingan solat dan ganjaran yang Allah berikan kepada orang2 yang bersolat.

9) Belikan mereka telekung/kopiah yang cantik supaya bertambah semangat untuk bersolat.

Yang penting sekali adalah istiqamah dalam amalan..mudah2an akan berkekalan dalam diri kita dan anak2 kita.

Untuk mendapatkan telekung solat yang comel keluaran Cherea by NZ, boleh kunjungi kedai kami di Lot 2-63, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Atau Whatsapp kami di 013-208 5575 atau 019-2866642

Belanja gambar sikit......
 Model memakai telekung warna baby blue, border pink

 Yang ini pula pink, border purple

Untuk mendapatkan telekung solat yang comel keluaran Cherea by NZ, boleh kunjungi kedai kami di Lot 2-63, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Atau Whatsapp kami di 013-208 5575 atau 019-2866642. Anda juga boleh melihat koleksi telekung anak2 kami di www.cherea.com.my.

Saturday, December 12, 2015

Jenis-jenis Potongan Skirt

Skirt merupakan salah satu fesyen yang evergreen dan sentiasa mendapat tempat di hati wanita, tak kira bentuk badan. Yang kecil, mahupun yang besar, yang tinggi lampai begitu juga yang agak2 rendang..macam saya.

Terdapat bermacam jenis potongan skirt yang sesuai dengan bentuk badan wanita, lebih2 lagi kalau kita pandai memadankan warna dengan potongan skirt. Pasti anda akan tampak berlainan, nampak cun gitu.


Dalam post kali ini, saya nak kongsikan jenis2 skirt dan kesesuaian pemakaiannya. 

Skirt untuk majlis formal
Warna yang sesuai untuk majlis formal ini biasanya hitam, coklat, navy blue dan juga putih. Skirt yang panjangnya dari lutut ke bawah sangat2 sesuai untuk majlis formal. Skirt yang pendek dia atas lutut kurang sesuai untuk dipakai ke pejabat dan juga menghadiri temuduga. Kena pilih kasut yang tinggi sederhana dan warna tidak jauh dari warna skirt yang dipilih.

Skirt untuk majlis casual
Kita boleh pilih warna2 yang agak terang, warna2 yang lebih adventure seperti pink, merah dan kuning. Tapi kena lah bersesuaian dengan warna baju kita. Kalau nak mencuba pakaian yang bercorak, pastikan hanya satu sahaja yang bercorak. Sama ada skirt ATAU baju. Tolong jangan pakai bercorak dari atas hingga ke bawah…Nampak pelik tau…

A-Line Skirt

Dipanggil A line sebab memang dia berbentuk A..hehe. Berbentuk ketat di bahagian pinggang, mengikut bentuk punggung dan peha tetapi kembang ke bawah. Sesuai dipakai oleh wanita yang bentuk badan curvy…berlekuk dan berpinggang kerana lebih ketat di bahagian punggung.
Straight Skirt
  
Sebab namanya pun lurus, jadi skirt ni memang lurus dari pinggang hingga ke bawah. Sangat sesuai untuk dipakai ke pejabat atau majlis formal. Pakai skirt ni kena jalan sopan santun iye..hehe 
Bubble skirt 
Skirt ini mempunyai bahagian bawah yang termasuk ke dalam untuk menampakkan bentuk yang besar macam ala-ala princess. Sesuai untuk di pakai menghadiri majlis2..tapi memang pelik kalau nak pakai pegi office..hehe
Wrap skirt 
Skirt jenis ni simple sebenarnya. Berbentuk segi empat tepat, lepas tu balut je keliling pinggang...kan senang..haaa.. Tapi skirt jenis ni sesuai untuk orang yang kurus dan berbentuk badan curvy. Di nasihatkan  untuk menjahit skirt ni selepas melilit..nanti terburai susah pulak.
Circular skirt 
Skirt ni berbentuk bulat sebab hujung skirt ni memang berbentuk bulat seperti payung. Kalau badan kurus, sesuai skirt payung berpotongan pendek. Yang berbadan curvy, lebih sesuai memakai skirt payung yang labuh. Memang nampak elegen dan sangat sesuai untuk kebanyakan majlis formal dan lain2 majlis . 
Draped skirt 
Draped skirt ni berbentuk macam lipatan langsir..hehe. Sesuai untuk semua wanita tak kira bentuk tubuh masing2 sebab fabrik untuk skirt ini ada slimming effect..pasti pemakai nampak kurus. Sesuai untuk majlis2 formal...pasti nampak classy.
Layered skirt 
Skirt ni berlapis2 menampakkan voluminous effect (nampak kembang) maka nya sesuai untuk orang2 yang kurus supaya nampak tak kurus sangat..hehe
Apa2 pun, ada potongan skirt yang sesuai mengikut bentuk badan masin2. Cuma perlu ingat, kalau badan kita berisis, kurang sesuai pakai skirt yang nampak kembang, dan lebih sesuai skirt yang plain tanpa corak.