Tips : Memakai skirt labuh
Siapa yang suka pakai skirt labuh? Hari ni saya nak cerita sikit tentang
skirt labuh ni. Sekarang ni menjadi trend gadis2 Melayu yang memakai skirt
labuh di mana2, nampak sopan, longgar, selesa tetapi tetap maintain ayu.
Bagi yang baru nak
mula pakai skirt labuh, mungkin ada rasa malu, rasa pelik dan takut kawan-kawan kutuk. Seiring
dengan perkembangan trend, anda yang teringin memakai skirt tak perlu rasa malu atau
janggal.
Pemakaian skirt labuh kini lebih terbuka
kepada semua peringkat usia. Tetapi kita mesti nak pastikan potongan skirt, apa yang kita
pakai bersama skirt itu bersesuaian dengan umur kita dan tempat yang kita pergi.
Di sini ada beberapa tip dan cadangan
padanan skirt untuk anda semua..
~ Padankan dengan T-shirt, blouse atau chiffon bersama skirt
labuh. Kalau padanan top itu labuh, maka lebih sesuai anda tuck in baju
tersebut ke dalam skirt supaya tampak lebih kemas. Tapi kalau top anda pendek,
maka biarkan sahaja anda tetap kelihatan comel dan bergaya.
~ Memakai cardigan juga menambah gaya semasa memakai skirt labuh.
~ Kelebihan memakai skirt ni, anda boleh mix and match tops anda dengan
skirt. Jadi dengan gabungan yang pelbagai akan menyebabkan kawan2 anda fikir
anda mempunyai pakaian yang begitu banyak!! Gabungkan warna-warna sesuai dengan
majlis dan tempat yang anda nak pergi.
~Skirt labuh bercorak, berpotongan kembang sesuai dipadankan dengan tops
yang plain atau kosong. Gaya ini pasti membuatkan anda kelihatan anggun.
~Sekiranya teringin nak menggayakan skirt labuh ke pejabat, pilih skirt
plain atau kosong seperti warna pastel,
hitam, coklat atau dark blue. Sesuaikan dengan blouse, kemeja ditambah pula
dengan memakai blazer. Pasti tampak professional dan bergaya.
~Skirt yang beropol-ropol atau layered kurang sesuai untuk di bawa ke
pejabat ya. Skirt begini lebih sesuai untuk bersantai.
~Untuk penampilan yang lebih sopan, pakailah blouse yang agak labuh lingga
menutupi pinggul dan skirt labuh yang longgar. Anda tetap gojes !!
Untuk pilihan skirt labuh yang menarik, sila kunjungi butik Cherea by NZ di Lot 2-63, Tingkat 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Tunggu apa lagi....jommmm!!