Tuesday, November 10, 2015

Saya nak pakai skirt labuh, tapi....


Tips : Memakai skirt labuh

Siapa yang suka pakai skirt labuh? Hari ni saya nak cerita sikit tentang skirt labuh ni. Sekarang ni menjadi trend gadis2 Melayu yang memakai skirt labuh di mana2, nampak sopan, longgar, selesa tetapi tetap maintain ayu.

Bagi yang baru nak mula pakai skirt labuh, mungkin ada rasa malu, rasa pelik dan takut kawan-kawan kutuk. Seiring dengan perkembangan trend, anda yang teringin memakai skirt tak perlu rasa malu atau janggal. 

Pemakaian skirt labuh kini lebih terbuka kepada semua peringkat usia. Tetapi kita mesti nak pastikan potongan skirt, apa yang kita pakai bersama skirt itu bersesuaian dengan umur kita dan tempat yang kita pergi.

Di sini ada beberapa tip dan cadangan padanan skirt untuk anda semua..

~ Padankan dengan T-shirt, blouse atau chiffon bersama skirt labuh. Kalau padanan top itu labuh, maka lebih sesuai anda tuck in baju tersebut ke dalam skirt supaya tampak lebih kemas. Tapi kalau top anda pendek, maka biarkan sahaja anda tetap kelihatan comel dan bergaya.


~ Memakai cardigan juga menambah gaya semasa memakai skirt labuh.


~ Kelebihan memakai skirt ni, anda boleh mix and match tops anda dengan skirt. Jadi dengan gabungan yang pelbagai akan menyebabkan kawan2 anda fikir anda mempunyai pakaian yang begitu banyak!! Gabungkan warna-warna sesuai dengan majlis dan tempat yang anda nak pergi.

~Skirt labuh bercorak, berpotongan kembang sesuai dipadankan dengan tops yang plain atau kosong. Gaya ini pasti membuatkan anda kelihatan anggun. 

~Sekiranya teringin nak menggayakan skirt labuh ke pejabat, pilih skirt plain atau kosong seperti warna pastel, hitam, coklat atau dark blue. Sesuaikan dengan blouse, kemeja ditambah pula dengan memakai blazer. Pasti tampak professional dan bergaya.

~Skirt yang beropol-ropol atau layered kurang sesuai untuk di bawa ke pejabat ya. Skirt begini lebih sesuai untuk bersantai.

~Untuk penampilan yang lebih sopan, pakailah blouse yang agak labuh lingga menutupi pinggul dan skirt labuh yang longgar. Anda tetap gojes !! 

Untuk pilihan skirt labuh yang menarik, sila kunjungi butik Cherea by NZ di Lot 2-63, Tingkat 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Tunggu apa lagi....jommmm!!

No comments:

Post a Comment